Amru bin Luhai yang merintis kekufuran di bumi Makah
May 7th, 2008Sejak zaman nabi Ismail, Islam adalah agama anutan penduduk Makah. Namun segalanya berubah apabila muncul seorang lelaki yang dipanggil Abu Thumamah. Nama sebenarnya adalah Amru bin Luhai bin Qam’ah bin Khandaf. Beliau merupakan induk kepada kabilah Khuza’ah. Dialah yang menimbulkan angkara merubah agama Islam yang dianuti keturunan demi keturunan sejak zaman nabi ismail. Dialah yang memperkenalkan penyembahan berhala. Dialah juga yang bertanggungjaab memperkenalkan adat-adat arab jahuiliyyah yang dipanggil bahirah, Saibah,Wasilah dan Ham.
Sebagaimana firman Allah:
مَا جَعَلَ اللّهُ مِن بَحِيرَةٍ وَلاَ سَآئِبَةٍ وَلاَ وَصِيلَةٍ وَلاَ حَامٍ وَلَـَكِنّ الّذِينَ كَفَرُواْ يَفْتَرُونَ عَلَىَ اللّهِ الْكَذِبَ وَأَكْثَرُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ * وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَىَ مَآ أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرّسُولِ قَالُواْ حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَآ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ103.
Allah sekali-kali tidak pernah mensyari’atkan adanya bahiirah[449], saaibah[450], washiilah[451] dan haam[452]. akan tetapi orang-orang kafir membuat-buat kedustaan terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak mengerti. (Surah Al-Maidah)
Rasulullah Bersabda ketika melihat seorang sahabatnya yang bernama Aksam bin Jun.
رأيت عمرو بن لحي بن قمعة بن خندق يجر قصبه في النار فما رأيت رجلا أشبه برجل منك به ولا به منك] فقال أكثم: أخشى أن يضرني شبهه يا رسول الله؛ قال: لا إنك مؤمن وهو كافر إنه أول من غير دين إسماعيل وبحر البحيرة وسيب السائبة وحمى الحامي
Mafhumnya: Aku telah melihat Amru bin Luhai bin Qum’ah bin Khandaf ditarik dahinya dalam neraka, tidak aku lihat seorang yang lebih serupa dengannya melainkan kamulah (Aksam). Lalu berkata Aksam: Aku takut jika keserupaan ini memberi mudarat kepadaku wahai Rasulullah!. Sabda Rasulullah: Tidak akan mendatangkan mudarat kerana kamu beriman sedangkan dia kafir. Sesungguhnya dialah orang pertama yang meminda agama nabi Ismail, mencipta bahirah, sa’ibah dan Ham.